Harga minyak mentah berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, setelah pasaran kehilangan arah apabila spekulasi pasaran tentang kegagalan rundingan OPEC semakin hangat, dan pada masa yang sama, Institut Petroleum Amerika Syarikat melaporkan simpanan minyak mentah komersil berkurang 1.37 juta tong minggu lepas.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $41.90 setong ke serendah $40.77 setong, sebelum menutup sekitar paras $41.12 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $42.08 setong ke serendah $40.97 setong, sebelum menutup sekitar paras $41.79 setong.
[adrotate group=”6″]
Menurut Gene McGillian, penganalisis kanan dan broker di Trading Energy, Stamford Connecticut, pasaran minyak kini dipacu oleh jangkaan keseimbangaan pada tahun ini, disebalik berita ekonomi global yang positif, produksi minyak AS yang semakin berkurang dan rundingan kerjasama OPEC untuk menghadkan pengeluaran.
Hari ini Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS bakal melaporkan tambahan bekalan minyak mentah AS sebanyak 2.5 juta tong, berbanding tambahan 1.3 juta tong minggu lepas. Sebarang tambahan diluar jangkaan boleh melemahkan sentimen pasaran minyak yang kini bergelut dengan lebihan bekalan global dan ketidaktentuan rundingan kerjasama OPEC.