Harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, terkesan dari ketidaktentuan sentimen pasaran yang masih ragu-ragu tentang keberkesanan rundingan kerjasama antara anggota OPEC yang diketuai oleh Arab Saudi dengan negara bukan OPEC yang diketuai Russia, apabila Iran diberitakan menyokong usaha tersebut tetapi tidak bersedia untuk memberikan komitmen untuk menghadkan pengeluarannya.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April yang memacu naik lebih $1.65 setong pada sesi Asia dan pagi Eropah, kembali merudum lebih $2/setong untuk ke paras terendah harian sekitar $32.65, sebelum menutup sekitar paras $32.80 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent mencatat kenaikan tertinggi harian ke sekitar $37 setong, sebelum susut semula ke paras terendah harian sekitar $34.75, sebelum menutup sekitar paras $35.10 setong.
[adrotate group=”6″]
Dalam pada itu, institut kajian industri Baker Hughes melaporkan jumaat lalu bahawa bilangan pelantar minyak AS berkurangan sebanyak 13 buah kepada 400 buah, menjadikan kejatuhan tersebut yang kesepuluh minggu berturut-turut. Walaupun angka tersebut memberikan gambaran positif kepada isu lebihan bekalan global, pasaran tidak memberikan reaksi yang diharapkan ekoran rundingan OPEC – Russia yang masih terumbang-ambing.