Harga minyak mentah berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, turun naik dengan mendapat sedikit sokongan dari Dollar AS yang lemah dan kelihatan hanya ada sedikit peluang untuk berjaya pada mesyuarat OPEC bulan ini. Data menunjukkan Russia dan Iran mengepam emas hitam pada jumlah rekod tertinggi bulan lepas. Harapan semakin berkurangan bahawa pengeluar utama akan mencapai persetujuan untuk membekukan output apabila mereka bertemu bulan ini, bagi membincangkan lebihan bekalan global.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mei turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $36.65 setong ke serendah $35.24 sebelum menutup sekitar paras $35.73 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Jun turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $38.37 setong ke serendah $37.27, sebelum menutup sekitar paras $37.70 setong.
Selepas memecah di atas paras $40 setong pada bulan Mac lalu, terkesan daripada jangkaan rundingan Rusia-Arab Saudi, komoditi emas hitam itu telah jatuh dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Mesyuarat di Doha, Qatar pada 17 April ini bertujuan untuk bersetuju dalam menghadkan pengeluaran pada paras Januari 2016, tetapi penganalisis melihat hanya penurunan pengeluaran boleh membawa kepada pemulihan harga yang kukuh dan berdaya tahan.
[adrotate group=”6″]
Spekulasi kejatuhan harga semakin hangat apabila Timbalan putera mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkata bahawa, negaranya hanya akan bersetuju kepada had pengeluaran semasa rundingan tersebut jika ia telah dipersetujui oleh Iran dan pengeluar utama lain. Komen beliau menghantar harga minyak jatuh 4% dan masih dilanjutkan pada minggu ini.
Pengeluaran minyak mentah Iran telah melonjak, sejak Barat mengangkat sekatan berkaitan nuklear pada bulan Januari lalu, dengan menteri minyak negara tersebut berkata bahawa eksport kini telah melepasi 2 juta tong sehari. Pasaran minyak dunia telah merosot dari paras lebih $100 setong pada pertengahan 2014, disebabkan oleh pengeluaran berlebihan, lebihan bekalan, serta permintaan yang lemah dan kelembapan ekonomi global.