Harga minyak mentah terus memacu naik, terkesan dari pasaran yang menaruh harapan tinggi terhadap kestabilan harga minyak yang bakal dicapai apabila rundingan menghadkan pengeluaran antara negara pengeluar OPEC dan bukan OPEC mencapai persetujuan. Pada masa yang sama, laporan dari institut kajian industri Baker Hughes yang menunjukkan pengurangan pelantar minyak membantu sokongan belian.
Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April melonjak lebih $1.90 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $36.35 sebelum menutup sekitar paras $35.90 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mei melonjak lebih $2.10 setong untuk ke paras $38.95 sebelum menutup sekitar paras $38.70 setong.
[adrotate group=”6″]
Baker Hughes dalam laporannya pada Jumaat lalu, menunjukkan pelantar minyak yang masih aktif telah berkurangan sebanyak 8 buah, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 392 buah – penurunan ke-sebelas minggu berturut-turut dan adalah yang paling rendah sejak tahun 2009. Kini hanya terdapat 24% pelantar aktif berbanding pada Oktober 2014, sebanyak 1,609 pelantar. Pelantar yang kurang mencadangkan pengeluaran yang semakin rendah, sekaligus menstabilkan harga minyak.