Pasaran saham Eropah dibuka tinggi pada hari ini namun kenaikan itu dijangka terhad kerana pasaran ekonomi global masih lagi berhati-hati akan kenyatataan yang akan dikeluarkan oleh European Central Bank esok.
Semasa waktu bukaan eropah, EURO STOXX 50 meningkat 0.41%, CAC 40 Perancis meningkat 0.35% dan DAX 30 Jerman menguat 0.45%.
Pelabur dilihat masih berhati-hati setelah kenyataan IMF berkenaan perkembangan ekonomi global yang dilihat perlahan.
Pasaran juga akan memberi tumpuan utama kepada mesyuarat ECB esok untuk melihat adalah penggubal dasar akan mengambil langkah seterusnya selepas Brexit.
Hari ini melihatkan data penting daripada UK iaitu Average Earning dan Claimant Count Change pada pukul 4:30 sebentar lagi.
Di Amerika Syarikat pula, pasaran saham dilihat akan dibuka tinggi.