Seperti yang diberitahu sebelum ini, Khamis semalam adalah hari yang paling menakutkan bagi semua forex trader. Euro dan Pound naik turun seperti roller coaster apabila terdapat terkumpulnya keputusan-keputusan penting daripada empat Central Bank kurang daripada 24 jam.
Juga terdapat khabar angin yang kemungkinan Brexit Referendum akan dibatalkan apabila salah seorang Ahli Parlimen British ditembak mati. Jo Cox, 41 tahun dipercayai ditembak dan ditikam. Beliau adalah penggubal undang-undang dari Parti Buruh yang menyokong secara lantang Bremain (British kekal dalam EU).
Seorang lelaki berusia 52 tahun, ditangkap daripada kes ini.
David Cameron sebenarnya hanya menutup aktiviti kempen bagi Referendum EU, tetapi tidak membatalkannya.
Selepas keputusan “dovish” bagi FED, dan tiada kegemparan dari BOJ, ramai trader dan pelabur sekarang tertumpu kembali kepada kerisauan hal Brexit.
Bank of England (BOE) juga tidak merubah apa-apa polisi kewangannya dan mengingatkan tentang risiko jika terjadinya “Brexit” ke atas UK.
Juga terdapat beberapa data makroekonomi yang dikeluarkan semalam bagi US.
EURUSD dilihat turun dari paras 1.1280 ke 1.1130, sebelum kembali naik ke paras 1.1250 sekitar 110 pips.
GBPUSD turun sebanyak 190 pips dari awal pagi semalam, dan naik sehingga 240 pips dari paras 1.4010 sebelum mencapai paras tertinggi 1.4250.
Diingatkan semakin hampir Brexit pada 23 Jun ini, elakkan trading untuk menjaga modal trading anda. Syukur saya telah cukup target 10.6% pada awal bulan lagi. Lihat performance trading MoshedFX.