Pasaran saham Asia hari ini dibuka rendah berikutan menantikan laporan NFP malam ini yang akan memberi klu mengenai interest rate Amerika Syarikat tahun ini.
Pasaran MCSI turun sebanyak 0.1%, pasaran saham Australia turun 0.6%, Kospi mengalami sedikit perubahan manakala Nikkei menurun sebanyak 0.2%.
Pasaran saham Asia menurun dengan volume yang rendah melihatkan pasaran saham Amerika syarikat juga menurun berikutan data aktiviti kilang dan harga minyak yang lemah.
Laporan daripada ISM semalam menunjukkan aktiviti kilang Amerika Syarikat menguncup buat pertama kali dalam 6 bulan dan pengeluaran juga menurun.
Data lemah tersebut mengakibatkan USD melemah setelah bullish selama seminggu melihatkan keadaan positif daripada ucapan Yellen minggu lepas.
Melihatkan laporan ISM yang lemah, pasaran akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada laporan NFP malam ini untuk melihat adakah Fed akan menaikkan rate pada bulan ini atau pada Disember nanti.
Menurut Reuters, ramai ahli ekonomi melihat peningkatan pekerjaan sebanyak 180,000 pada Ogos.