Kerajaan Jepun merancang bajet sebanyak 97.45 trillion Yen untuk perancangan bajet fiskal bagi tahun 2017. Menurut Reuters, draf bajet ini juga perlu mengekalkan nilai hutang baru tidak melebihi paras yang dicapai tahun ini.
Selain itu, kertas rancangan ini dianggap sebagai cabaran kepada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe untuk menyelaraskan perbelanjaan dan dasar fiskal bagi mengelakkan beban hutang yang melampau.
Perbelanjaan bajet akaun umum untuk dasar fiskal ini menyaksikan peningkatan jumlah daripada keseluruhan bajet tahun ini daripada 96.7 trillion yen kepada 97.45 trillion yen.
Harga Minyak Melonjak Berikutan Pengeluaran Minyak yang Bertambah Ketat di seluruh Dunia!