Pound Sterling berada di paras tertinggi sejak dua bulan lepas berikutan harapan kepada Supreme Court di UK yang sedang mendengar rayuan kerajaan pada hari kedua tentang perkara pihak yang sepatutnya membenarkan keluarnya Britain dari Kesatuan Eropah.
Pound Sterling atau GBP menguat pada hari keenam berbanding US dolar dan juga merupakan peningkatan pertama dari segi bulanan sejak April lepas. Kerajaan UK sudah pun kalah dalam kes ini di mahkamah tinggi sama ada parlimen perlu dibenarkan untuk mengundi sebelum memulakan Brexit.
Jika Supreme Court juga membuat keputusan yang sama terhadap kerajaan. Hal ini akan meningkatkan kebimbangan terhadap ‘Hard Brexit’ dimana Britain akan kehilangan akses terhadap pasaran tunggal.
Jane Foley Penganalisis di Rabobank International London mengatakan, “Dengan keputusan mahkamah tinggi yang telah dibuat pada 3 November menunjukkan keputusan yang berpihak kepada Parlimen UK, pasaran ketika ini melihat peluang kerajaan untuk menang adalah begitu rendah”.
“Pada masa ini pasaran lebih melihat hard Brexit boleh dielakkan”, yang mana “dengan posisi yang diubah adalah sebab kita berada di mana kita berada sekarang”.
GBP naik 0.2% ke paras $1.2758 sebentar tadi yang juga mencapai $ 1.2775 tertinggi sejak 4 Oktober. GBP juga naik 0.2% berbanding Euro.