Rizab Bank New Zealand mengatakan risiko kewangan New Zealand telah meningkat sejak 6 bulan yang lalu. Menurut Laporan Kestabilan Kewangan, ia berpunca disebabkan pertumbuhan global yang perlahan, harga tenusu yang rendah dan juga kenaikan harga rumah yang mendadak.
Spekulator juga mengatakan kemungkinan RBNZ selepas ini akan buat sekatan baru atau syarat untuk pinjaman dalam pasaran hartanah. Tapi buat masa sekarang masih belum ditentukan lagi.
RBNZ bimbang kerana harga rumah kini mula meningkat di beberapa kawasan di seluruh negara.
Buat masa ini harga hartanah di New Zealand sudah meningkat 12% setiap tahun. Sejak 3 bulan lepas saja sudah meningkat 2.1% lagi.
Selain faktor ini, Gabenor Bank, Graeme Wheeler berkata prospek ekonomi global yang merosot juga adalah punca risiko kewangan New Zealand ni meningkat. Contohnya harga minyak yang rendah dan kadar faedah rendah, berikan efek kepada beberapa rakan dagangan New Zealand.
Selain itu, harga tenusu kekal rendah dan bekalan tenusu global makin lama makin meningkat, menyebabkan lambakan tenusu di pasaran. Ramai petani menghadapi aliran tunai negatif kerana modal untuk bidang tenusu makin lama makin besar, tetapi harga makin rendah.
NZD/USD jatuh 0.46% dari harga 0.6774 ke 0.6736 petang semalam, dan naik semula pada pagi tadi lebih kurang 70 pips dan sekarang berada di paras 0.6800. Kemungkinan jika risiko masalah kewangan tidak diselesaikan oleh New Zealand, matawang NZD akan terus melemah.