Seperti yang dilaporkan dalam pos ini, Soros telah membuka position ‘long’ pada matawang Pound namun jumlah kerugian tidak diberitahu dan Soros masih lagi mendapat keuntungan daripada pelaburan lain.
Apakah pelaburan lain itu?
George Soros dilaporkan oleh Reuters telah meletak position’short’ sebanyak 100 juta euro ($111 juta) yang saham Deutsche Bank akan menjunam ketika rakyat UK mengundi untuk keluar daripada EU.
Soros, “the man who broke the Bank of England” telah membuka position ‘short’ sebanyak 0.51% saham bank tersebut.
Saham Deutshce Bank telah merosot sebanyak 17% sejak 23 Jun dan Soros masih lagi hold position tersebut sehingga semalam.
Antara yang membuat keuntungan semasa referendum hari itu adalah bekas anak didik George Soros iaitu Stanley Druckenmiller yang membuka position ‘long’ pada logam kuning (emas).