Ahli Lembaga Eksekutif European Central Bank (ECB) Benoit Coeure berkata dasar kewangan alternatif mungkin terpaksa digunakan dan mungkin lebih kerap jika kerajaan tidak bertindak untuk memulihkan prestasi perkembangan ekonomi Eurozone.
“Kita mungkin melihat perubahan kadar jangka masa pendek untuk lebih kerap untuk menghadapi kejutan makroekonomi,” Kata Coeure sabtu lalu dalam satu ucapan di Jackson Hole. Ucapannya dimuat naik ni laman web ECB.
Coeure menambah, “Kami akan memenuhi mandat kestabilan harga yang diberikan kepada kami namun jika pihak lain tidak mengambil tindakan yang perlu untuk dasar utama mereka, maka kami terpaksa bertindak untuk memastikan strategi kami beroperasi”.
Perkembangan yang perlahan disertakan inflasi menambah lagi kesukaran central banks seluruh dunia untuk mengembangkan lagi 19 negara yang menggunakan matawang Euro.
Pengangguran yang tinggi, kemelut politik dan sistem bank yang kurang menguntungkan menyebabkan pemulihan serantau sangat perlahan.