Emas melemah dalam sesi Asia pada Selasa kerana minit dari Jepun diramal bakal membawa lebih banyak langkah pengurangan dasar untuk masa depan.
Emas bagi penghantaran Disember di Comex jatuh 0.21% kepada $1,341.25 satu troy ounce.
Semalam emas didagang kurang stabil apabila pasaran terus menantikan debat pertama pilhanraya presiden AS.
Debat itu menjadi tumpuan dan disiarkan kepada 3 saluran televisyen secara langsung seblum pilhanraya presiden bakal diadakan pada 8 November nanti.
Kebanyakan peserta pasaran menjangkakan calon democrat, Hillary Clinto bakal memenagi jawatan itu. Menurut undian terkini Reuters sebelum sesi perdebatan berlangsung, Clinton mendahului Trump dengan kelebihan 4%.
Sementara itu, logam kuning memperoleh keuntungan 2.34% pada minggu lepas selepas Fed mengumumkan tiada perubahan terhadap kadar semasa dan mengurangkan ramalan terhadap prospek kenaikan kadar bagi tahun 2017 dan 2018.