[UPDATE: Debat Pilihanraya AS] Sebelum Bidas Clinton, Trump Terlebih Dahulu Kecam China Dan Mexico!

53

Calon Republikan, Donald Trump membidas teruk China dan Mexico dalam beberapa minit pertama sesi debat bersama Clinton hari ini.

Lester Holt yang bertindak sebagai moderator dalam debat itu mengajukan soalan tentang bagaimana kedua-dua calon mampu mewujudkan peluang pekerjaan dan meletakkan lebih banyak wang dalam tangan rakyat Amerika.

Trump membalas soalan itu kepada dua sasaran iaitu ancaman perdagangan yang ditimbulkan China dan Mexico. Calon itu turut mengatakan bahawa China telah menjatuhkan nilai matawang yuan dan tiada sesiapa dari Amerika yang bangkit dan melawan kuasa asing itu. Trump juga mengatakan bahawa China mempergunakan Amerika untuk kepentingan dan mengukuhkan kembali ekonomi China.

Trump turut berpendapat, pengurangan cukai korporat sebanyak 35 hingga 15 akan membina kembali zaman kegemilangan peluang pekerjaan seperti ketika pentadbiran Ronald Regan. Langkah-langkah tersebut akan menghentikan kuasa asing dari terus mencuri pekerjaan di Amerika. Dalam masa yang sama langkah itu akan menghalang syarikat besar seperti Ford meninggalkan Amerika.

Syarikat Ford akan meninggalkan Amerika dan berpindah ke Mexico atas alasan untuk kekal kompetitif.

Dalam pada itu, calon demokrat, Hillary Clinton menyokong agar gaji minimum nasional dinaikkan. Selain itu, beliau menggesa agar kerajaan menyediakan gaji yang sama rata untuk wanita dan perkongsian korporat sebagai salah satu peluang untuk menambahkan jumlah pendapatan.

Trump turut menyindir Clinton kerana gagal memperbaiki kehidupan rakyat dalam kerjaya politik beliau.

3 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Debat Pertama Pilihanraya AS!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat