Data eksport Singapura pada September direkod menyusut kurang daripada yang dijangkakan. Pun begitu, prospek ekonomi yang bergantung kepada eksport ini kekal suram.
Sementara itu, eksport ke Amerika Syarikat jatuh mendadak bulan sebelumnya, manakala jualan barangan elektronik terus merosot walaupun musim beli-belah hujung tahun sudah menghampiri kemuncaknya.
Non-oil domestic export (NODX) turun 4.8 peratus bulan lalu berbanding tahun sebelumnya. Agensi perdagangan International Enterprise Singapore berkata dalam satu kenyataan pada Isnin, kadar ini lebih rendah daripada kadar jangkaan sebanyak 6%.
Menurut Nguyen, Bank Pusat Singapura atau pun dikenali sebagai “Monetary Authority of Singapore”, tidak mahu menyebabkan jangkaan kepada susut nilai terhadap dolar Singapura memandangkan peningkatan sektor perkhidmatan sejak kebelakangan ini. Perkara ini juga akan menyebabkan kadar faedah domestik meningkat terlalu cepat.
Bank pusat itu pada hari Jumaat mengekalkan polisi monetarinya walaupun berlaku penurunan yang mendadak terhadap ekonomi mereka. Penganalisis ekonomi berpendapat jangkaan inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang rendah akan menekan Bank pusat ini untuk terus melonggarkan polisinya.
Eksport ke China jatuh 2.2 peratus pada September dari tahun lepas, berbanding dengan kemerosotan 5.4 peratus pada bulan Ogos.
Eksport kepada Kesatuan Eropah berkembang 9.9% bulan lalu berbanding tahun sebelumnya dengan penurunan 15.6% peratus pada bulan Ogos.
Tetapi nilai eksport ke Amerika Syarikat menyusut 7.2% peratus pada September, selepas meningkat 4.8% pada bulan Ogos.
Eksport farmaseutikal tidak menentu, meningkat 16.2%, berbanding penurunan 17.9% pada bulan sebelumnya.
Jumlah eksport elektronik pada September menyusut 6.6 % daripada setahun yang lalu selepas jatuh 6.0% pada bulan Ogos.