Fed mengumumkan kenaikan kadar untuk kali yang pertama dalam tempoh setahun, sekali gus menjadikan kos pinjaman semakin meningkat pada tahun 2017. Kenaikan kadar ini dibuat setelah mengambil kira peningkatan inflasi serta pasaran buruh yang dinilai semakin bertambah baik.
Setelah bermesyuarat selama dua hari di Washington, FOMC berpendapat bahawa kenaikan ini perlu selepas meneliti keadaan semasa pasaran kerja dan inflasi. Dalam masa yang sama, bank pusat tersebut turut mengharapkan tiga kali lagi kenaikan kadar pada tahun 2017.
Bank pusat tersebut juga berkata dasar monetari ini penting dalam menyokong pasaran kerja dan sasaran inflasi sebanyak 2 peratus. Perkataan pengukuhan pasaran kerja yang digunakan selama ini turut digantikan dengan penambahbaikan berikutan keadaan pasaran tersebut yang semakin baik dan stabil.
Menurut penggubal dasar Fed, inflasi telah mengukuh ke sasaran 2 peratus. Kadar pengangguran di AS juga dilaporkan semakin menurun setelah Presiden trump berjanji untuk memotong kadar cukai pertumbuhan bahan api dan menambah perbelanjaan infrastruktur.
Tuduhan Trump terhadap Janet Yellen bahawa Pengerusi Fed itu sengaja mengekalkan kadar pada tahap rendah bagi membantu parti Demokrat ternyata salah apabila kadar faedah telah dinaikkan sehingga mencecah 0.75 peratus.