Terkini: The Fed Menaikkan Kadar ke Paras 0.75% !

66

The Fed menepati ramalan dengan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas dari 0.50% kepada 0.75%. Hal ini sememangnya telah dijangka oleh pasaran dengan sejak dua bulan lalu lagi.

Pasaran sebelum ini sememangnya begitu yakin dengan kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas dari 0.50% kepada 0.75%. Hal ini kita dapat lihat dalam pasaran yang telah pun bergerak ke arah kenaikan (pricing-in) kadar hampir 100%. Keadaan ini kita dapat lihat seperti yang berlaku pada Disember 2015 seperti yang dapat dilihat dalam indeks ‘CME Group’s Federal Funds futures’.

Jika dilihat dalam tren petunjuk ekonomi US sehingga hari ini, ekonomi US jelas menunjukkan peningkatan sejak mesyuarat November. Perbelanjaan pengguna semakin mengukuh, pekerjaan yang semakin bertambah, kadar pengangguran yang semakin berkurangan, harga pengguna meningkat, dan pasaran perumahan yang stabil. Tren ekonomi ini sudah tentu menyokong kepada kenaikan yang dibuat oleh The Fed hari ini.

Walaubagaimanapun, sidang media pada pukul 3.30 pagi ini adalah tumpiuan pasaran untuk mendapatakan isyarat-isyarat tentang perancangan monetari The Fed di masa hadapan. Kenyataan The Fed nanti sangat penting untuk pasaran melihat jangkaan pertumbuhan ekonomi beberapa tahun akan datang.

Pasaran akan memberi perhatian kepada komen tentang ramalan keseluruhan ekonomi US, khususnya pandangan terhadap pengangguran dan inflasi berikutan The Fed mahu mencapai kadar optimum dalam kedua-dua petunjuk ekonomi penting ini.

Menurut Kathy Lien Penganalisis Pasaran Matawang di BK Asset Management, penggerak USD dalam penetapan kadar pagi ini akan fokus kepada ramalan ‘dot plot’ The Fed. Pada September, Janet Yellen melihat boleh menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas tahun hadapan dan jika jangkaan ‘dot plot’ ini menunjukkan kenaikan kadar lebih dari dua kali kenaikan akan menguatkan US dolar. Jika ia masih menunjukkan dua kali kenaikan tahun hadapan, US dolar akan melemah.

Komen terhadap Balance of Risk yang semakin mengukuh akan menjadi isyarat hawkish dari The Fed. Balance of risk bermaksud, bank pusat yang menetapkan kadar faedah pada kadar tertentu untuk mengelakkan kesan buruk inflasi dan kelemahan kepada ekonomi.

Dalam ulasan inflasi yang akan dibuat nanti, ia akan menjadi sangat penting jika nada komen yang begitu berhati-hati dari The Fed akan mengurangkan jangkaan kepada pengetatan polisi (policy tightening) pada 2017.

Komen berkaitan polisi fiskal juga akan menjadi perhatian dengan jangkaan pasaran bahawa polisi fiskal Trump akan melonjakkan ekonomi US. Hal ini sudah tentu akan menyukarkan The Fed membuat perancangan jangka panjang dengan ketidaktentuan polisi yang dibawa oleh Trump.

Sebarang retorik berkenaan dengan US dolar adalah penting dan bagaimana pandangan FOMC terhadap penguatan nilai matawang ini kepada ekonomi US berikutan penguatan US dolar dilihat memberi risiko kepada inflasi dan menyukarkan The Fed mencapai sasaran inflasi 2%.

Sama-sama kita nantikan sidang media pukul 3.30 pagi sekejap lagi.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat