Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton menang keatas pesaing terdekatnya dari Parti Republikan, Donald Trump di pecan kecil Dixville Notch.
Dixville Notch hanya mempunyai 10 orang populasi pada 2010. Ia terletak 20 km daripada sempadan US-Kanada.
Berdasarkan undian pertama di Dixville Notch, Selasa (8/11/2016) tengah malam di US, Hillary menang dengan empat undi.
Manakala Donald Trump hanya memperoleh dua undi.
Sementara, Capres Parti Libertarian Gary Johnson membuat kejutan dengan meraih satu undi.
Berdasarkan peraturan undian, penduduk yang jumlah pemilihnya dibawah 100 pemilih boleh meminta izin untuk membuat undian pada tengah malam sebelum hari rasmi pengundian.