Yen melemah di Asia pada Khamis berikutan kebanyakan pelabur menunggu mesyuarat dasar monetari Bank of Japan yang bakal diadakan minggu depan.
USD/JPY meningkat 0.05%, manakala AUD/USD melonjak 0.09%.
Dalam mesyuarat dasar yang dijadual 21 September nanti, pasaran menjangkakan BoJ akan mengambil langkah rangsangan tambahan, serta langkah lanjut yang berkaitan dengan kadar faedah negatif.
Gabenor BoJ, Haruhiko Kuroda bakal mengumumkan langkah-langkah kajian semula kesan daripada mesyuarat yang lepas. Hal ini kemungkinan berpunca daripada desakan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang ingin mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai pilihan dasar yang berkesan.
Goldman Sachs menjangkakan BoJ akan mengekalkan langkah rangsangan semasa serta membuat penilaian komprehensif bagi hala tuju yang lebih jelas.
Sebelum itu di New Zealand, KDNK New Zealand suku kedua mencatat angka 0.9% bagi jangka masa suku ke suku melemah dari angka sebelum ini. RBNZ dijangka akan mengkaji semula kadar tunai pada 22 September nanti.
NZD/USD didagang menurun 0.06% selepas data tersebut dikeluarkan.
US Dollar yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 95.33.
Semalam, yen berundur ke paras terendah dalam tempoh bebrapa minggu selepas ura-ura menganai pelonggaran dasar tersebar luas.
Dalam masa yang sama, US Dollar dicatat stabil berbanding matawang utama yang lain disamping ketidakpastian jangkaan kenaikan kadar oleh Fed.