Matawang US Dollar dilihat steady melawan matawang utama lain hari ini namun kenaikan itu dilihat terhad berikutan penantian pelabur ke atas komen-komen pegawai Federal Reserve mengenai interest rate.
EUR/USD ke paras 1.1245.
Matawang Greenback jumaat lalu menguat berikutan komen daripada pegawai Fed Boston Eric Rosengren yang mengatakan ekonomi Amerika Syarikat mampu bertahan dengan sebarang risiko.
Hari ini dijadualkan ahli FOMC yang mengundi, Lael Brainard akan berucap.
GBP/USD berada di paras 1.3268, USD/JPY menurun ke paras 102.55. Indeks US Dollar pula berada di paras 95.27.