Dollar CAD kembali merudum Rabu semalam, lebih 215 pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3225 sebelum menutup sekitar paras C$1.3245; setelah Bank of Canada mengekalkan kadar pinjaman pada 0.5%. Pada masa yang sama, harga minyak kembali melonjak, sekaligus memberikan sokongan belian untuk Loonie.
Di pasaran Kanada semalam, BoC mengumumkan untuk mengekalkan kadar, sementara ia menilai semula langkah ransangan untuk menjana ekonomi Kanada menjelang bentangan belanjawan pada 20 March ini. Ini akan menjadi pembentangan belanjawan yang menarik, kerana OPEC juga akan bermesyuarat untuk menghadkan pengeluaran pada tarikh yang sama.
[adrotate group=”6″]
Dalam mesyuarat semalam, Gabenor BoC Stephen Poloz mengatakan walaupun harga minyak yang rendah terus menjejaskan ekonomi Kanada, inflasi masih berada pada landasannya dan ekonomi Kanada untuk 2015 mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik dari jangkaan, sekaligus mendorong Boc untuk mengekalkan kadar.