Dollar CAD melonjak lebih 160 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3395 sebelum menutup sekitar paras C$1.3345; setelah harga minyak berada dalam dagangan bercampur-campur, sekaligus memudarkan sokongan belian untuk Loonie. Pada masa yang sama, bentangan belanjawan Kanada pada 20 mac ini yang dijangka dipenuhi defisit, dilihat bakal melemahkan Loonie.
Di pasaran Kanada semalam, indeks harga rumah baru dilaporkan stabil pada 0.1% walaupun ianya lebih rendah dari jangkaan pada 0.2%. Harga rumah yang menurun menunjukkan permintaan untuk rumah yang rendah, sekaligus membayangkan pengguna yang lebih berhati-hati dalam berbelanja. Pada masa yang sama, ekonomi Kanada yang terjejas teruk ekoran kejatuhan harga minyak yang berterusan sejak 2 tahun lalu, menyebabkan ramai hilang pekerjaan.
[adrotate group=”6″]
Hari ini Kanada bakal melaporkan data pekerjaan yang dijangka bertambah baik dengan 10,200 pekerjaan ditambah berbanding kehilangan pekerjaan sebanyak 5,700 pada sebelum ini. Kadar pengangguran dijangka stabil pada 7.2%. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.