Dollar CAD yang jatuh lebih 85 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.4185, kembali memacu naik lebih 185 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.4380, sebelum menutup sekitar paras C$1.4335; setelah angka imbangan perdagangan China yang lebih baik dari jangkaan membantu sokongan belian untuk matawang komoditi, namun kelemahan harga minyak yang berterusan, masih memberati Loonie.
Harga minyak mentah dan nilai Dollar Kanada yang merudum berterusan, telah membawa harga saham Kanada turun dengan mereka, dengan indeks Komposit S&P TSX jatuh ke paras terendah sejak 2013, sebelum pulih di belakang kenaikan dalam saham bank. Kejatuhan nilai Loonie berlaku dalam masa beberapa jam ketika kedua-dua harga Crude dan Brent turun di bawah paras $30 setong buat pertama kali sejak tahun 2003, apabila penganalisis di Calgary membuat spekulasi bahawa harga boleh jatuh lebih rendah.
[adrotate group=”6″]
Penganalisis Wall Street Ed Morse, ketua global pasaran komoditi di Citi Researh, berkata harga minyak boleh merudum lagi dalam beberapa bulan akan datang, apabila Iran memperkenalkan semula bekalan minyaknya selepas penarikan balik sekatan ekonomi, sekaligus memburukkan lagi lebihan bekalan minyak global.