Dollar CAD terus memacu naik untuk hari kedua Selasa semalam, lebih 140 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3400 sebelum menutup sekitar paras C$1.3355; setelah harga minyak terus melemah dan Dollar AS terus mendapat permintaan menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis esok. Minyak merupakan nadi utama ekonomi Kanada, walaupun Kanada bukanlah anggota OPEC.
Mesyuarat FOMC Federal Reserve AS awal pagi Khamis esok, bakal menentukan hala tuju Dollar AS selanjutnya. Walaupun pasaran tidak menjangkakan kenaikan kadar, komen dari Feds bakal dipantau untuk mendapatkan penilaian tentang keadaan kuasa ekonomi terbesar dunia itu. Feds dalam mesyuaratnya pada Disember lalu telah menaikkan kadar sambil mengatakan ia merancang untuk menaikkan kadar sebanyak empat kali pada tahun ini.
[adrotate group=”6″]
Seandainya Feds tetap melaksanakan rancangannya, ia akan bermakna kenaikan pada Mac, Jun, September dan Disember. Walaupun ianya dilihat melampau oleh kebanyakan penganalisis, terutamanya di tengah-tengah kegawatan pasaran dan ketidaktentuan ekonomi global; ianya tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya Feds mendapati ekonomi AS sudah cukup kuat untuk menghadapinya.