Dollar CAD merudum lebih 300 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3090 sebelum menutup sekitar paras C$1.3095; setelah Dollar dijual apabila mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) Federal Reserve AS memutuskan untuk mengekalkan kadar dan mengurangkan jangkaan jumlah kenaikan kadar pada tahun ini.
Keputusan Feds itu yang disambut baik oleh pasaran ekuiti dan komoditi, bagaimanapun menyaksikan Dollar jatuh lemah ke paras terendah dalam masa sebulan. Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama, jatuh ke paras terendah harian sekitar 95.50 mata sebelum menutup sekitar paras 95.70 mata.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran Kanada pula, jualan pekilang bulan Januari meningkat lebih baik dari jangkaan, pada 2.3% berbanding 0.4%. Angka bulan Disember juga disemak lebih tinggi dari 1.2% kepada 1.4%. Pelaburan asing juga dilaporkan meningkat pada bulan Januari kepada C$13.51 bilion, berbanding aliran keluar sebanyak C$1.4 bilion pada bulan Disember.
Hari ini Kanada bakal melaporkan jualan pemborong bulan Januari yang dijangka susut dari 2% kepada 0.3%. AS pula bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka bertambah dari 259 ribu kepada 267 ribu pemohon.