Dollar CAD terus memacu naik lebih 200 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.4555 sebelum menutup sekitar paras C$1.4535; setelah harga minyak mentah terus jatuh dan matawang berkaitan komoditi berada dalam dagangan ‘risk-off’. Pinjaman Baru China dalam Yuan yang lebih rendah daripada jangkaan, telah menyebabkan trader berada dalam keadan lebih berhati-hati dan membantu untuk menolak harga minyak kembali di bawah paras $30 setong.
[adrotate group=”6″]
Dengan jangkaan bahawa sekatan ekonomi ke atas Iran akan ditarik balik dalam masa seminggu akan datang, tekanan ke bawah terhadap harga minyak akan terus membina, dimana pakar ekonomi baru-baru ini meramalkan ianya boleh jatuh sejauh $10 setong dalam bulan-bulan yang akan datang. Permintaan untuk Dollar Kanada tidak mungkin hadir sebelum keputusan kadar Bank of Canada (BoC). Walaupun trader tidak mengharapkan pengurangan kadar pada mesyuarat kali ini, nada yang umumnya lebih negatif adalah dijangka, terutamanya selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS telah menaikkan kadar pada bulan Disember lalu.