Dollar CAD melonjak lebih 90 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3750 sebelum menutup lebih rendah, sekitar paras C$1.3725; setelah kejatuhan harga minyak menyentap permintaan untuk Loonie. Pada masa yang sama, laporan tuntutan pengangguran AS yang ebih baik dari jangkaan, pada 262 ribu berbanding 275 ribu, dan 269 ribu pada sebelumnya; memberikan keyakinan kepada pembeli Dollar.
Di pasaran Kanada, Jabatan Statistik Kanada melaporkan jualan borong bulan Disember lepas meningkat dari 1.9% kepada 2.%, berbanding jangkaan untuk penurunan kepada 0.1%. Walau bagaimanapun, pasaran tidak memberikan reaksi positif ekoran laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS yang menunjukkan pertambahan dalam inventori minyak mentah komersil yang kini mencapai kapasiti penuh.
[adrotate group=”6″]
Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan inflasi bulanan yang dijangka kekal pada 0.1% di bawah sifar, walaupun inflasi teras yang tidak termasuk makanan dan bahan api, dijangka meningkat dari 0.1% kepada 0.2%. Kanada pula bakal melaporkan jualan runcit bulanan yang dijangka turun dari 1.7% kepada -0.7% dan inflasi bulanan yang dijangka berada pada paras sifar berbanding -0.5% pada sebelumnya.