Dollar CAD melonjak lebih 120 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.2750 sebelum menutup sekitar paras C$1.2733; setelah harga minyak yang bercampur-campur mendorong pelabur berhati-hati dalam membuat pelaburan yang berterusan dalam Loonie. Pada masa yang sama, tuntutan bantuan pengangguran AS yang lebih baik dari jangkaan, membantu mengapungkan Dollar.
Di pasaran Amerika Syarikat semalam, Jabatan Buruh AS melaporkan angka tuntutan bantuan pengangguran yang lebih baik, dengan tuntutan hanya sebanyak 247 ribu berbanding jangkaan sebanyak 265 ribu. Sebelum ini bacaan adalah sebanyak 253 ribu tuntutan; sekaligus menunjukkan pasaran pekerjaan AS yang sihat. Walau bagaimanapun, dalam satu laporan berasingan dari Federal Reserve Bank cawangan Philadelphia, indeks pembuatan dilaporkan merudum kepada -1.6 mata daripada 12.4 mata pada bulan Mac. Pasaran menjangkakan hanya kejatuhan kepada 8.9 mata sahaja.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran Kanada pula, Akhbar The Lethbridge Herald melaporkan bahawa Loonie telah mencapai paras terbaik pada tahun ini, selepas harga minyak naik, walaupun mogok 3 hari pekerja minyak Kuwait berakhir semalam. Bank of Canada dalam laporan terbarunya mengatakan ia menjangka kenaikan nilai Loonie ini akan berterusan sehingga suku semasa berakhir.
Hari ini Kanada bakal melaporkan data inflasi yang dijangka meningkat dari 0.2% kepada 0.3% dan jualan runcit yang berkurang dari 2.1% kepada -0.8%. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.