Dollar CAD terus merudum untuk hari ketiga Jumaat lalu, lebih 180 pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.4115 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah minyak mentah kembali pulih diatas paras $30 setong. Pada masa yang sama, data jualan runcit Kanada yang begitu memberansangkan, jauh melebihi jangkaan pasaran, terus memberikan Loonie sokongan belian selepas Bank of Canada membuat keputusan untuk mengekalkan kadar pada mesyuarat terbaru minggu lepas.
Di pasaran Kanada, jualan runcit bulan November dilaporkan meningkat 1.7% berbanding jangkaan 0.3% dan 0.1% pada bulan Oktober. Jualan runcit teras pula, yang tidak termasuk kenderaan, meningkat pada 1.1% berbanding jangkaan 0.4% dan sifar pada bulan Oktober. Penganalisis HTN, Abdul melihat “kenaikan ini adalah bermusim, ekoran pembelian awal pengguna sempena sambutan Krismas”. “Memandangkan laporan ini hanya dikeluarkan 50 hari selepas bulan tersebut berakhir, ianya tidak memberikan gambaran keadaan ekonomi semasa Kanada.”, tambah beliau lagi.
[adrotate group=”6″]
Dalam pada itu, inflasi Kanada pada bulan Disember terus jatuh ke paras 0.5% dibawah sifar berbanding jangkaan -0.4% dan -0.1% pada bulan November. Ini merupakan bulan kedua berturut-turut Kanada berada dalam deflasi dan pasaran menjangka Bank of Canada untuk bertindak tidak lama lagi. Barclays dalam laporan terbarunya menjangka BoC bakal menurunkan kadar kepada 0.25% pada minggu lepas, tapi telah dikecewakan apabila Bank Pusat Kanada itu mengekalkan kadar, sekaligus menjana permintaan untuk Loonie.