Dollar CAD melonjak lebih 100 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3067 sebelum susut semula untuk mentup lebih rendah sekitar paras C$1.3020; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada sentimen kenaikan kadar AS yang terus meningkat dengan pelbagai laporan ekonomi AS yang memberansangkan. Pada masa yang sama, harga minyak yang masih bertahan dan cuba memacu naik, terus memberikan Loonie sokongan belian.
Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama, kembali memacu naik Jumaat lalu, selepas jatuh untuk dua hari pada Rabu dan Khamis; terkesan dari permintaan yang kembali menyokong Dollar apabila JP Morgan diberitakan menambah kontrak belian dalam kadar tukaran USD/CAD, setelah laporan tempahan barangan tahan lama keluar memberansangkan.
Dalam pada itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) AS yang dilaporkan memberansangkan dengan pertumbuhan suku pertama 2016 pada 0.8% yang melebihi angka 0.5% pada suku keempat 2015, menguatkan sentimen kenaikan kadar seawal Jun. Presiden Feds cawangan San Francisco, John Williams mengatakan beliau melihat dua atau tiga kenaikan kadar pada tahun ini, sekaligus menambah minat belian pasaran terhadap Dollar AS.