Dollar CAD yang berada dalam dagangan ‘sideway’ pada sepanjang sesi Asia dan Eropah Khamis lalu, dalam dagangan terakhir tahun 2015, merudum lebih 80 pips pada sesi petang New York untuk mencapai paras terendah harian sekitar C$1.3820 sebelum menutup sekitar paras C$1.3830; setelah harga minyak mentah kembali pulih apabila sentimen pasaran diberitakan kembali berminat dengan pengambilan risiko untuk tahun baru 2016.
[adrotate group=”6″]
Di Amerika Syarikat, tuntutan bantuan penganguran dilaporkan meningkat dari 267 ribu kepada 287 ribu pemohon untuk minggu cuti Krismas, berbanding jangkaan penganalisis untuk pertambahan sebanyak 274 ribu pemohon. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang pembelian kontrak Dollar apabila Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama, melonjak lebih 55 mata untuk ke paras tertinggi harian sekitar 98.85 mata sebelum menutup sekitar paras 98.75 mata.
Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan PMI pembuatan yang dijangka meningkat dari 48.6 mata kepada 49.1 mata untuk bulan Disember. Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Kanada hari ini.