Dollar CAD terus merudum Jumaat lalu, jatuh lebih 155 pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3310 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah harga komoditi seperti emas dan minyak mentah kembali pulih. Pada masa yang sama, data ekonomi Kanada yang dilaporkan lebih baik turut memberikan sokongan belian untuk Loonie.
Minyak mentah yang telah kembali melonjak naik lebih $10.25 setong sepanjang 3 minggu lalu, terkesan dari spekulasi persetujuan menghadkan pengeluaran antara negara pengeluar OPEC dan bukan OPEC, telah membantu Loonie mendapat permintaan semula, selepas kejatuhan berterusan sejak lebih 2 tahun yang lalu.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran Kanada Jumaat lalu, defisit imbangan perdagangan negara tersebut dilaporkan lebih baik dari jangkaan, pada -C$0.7 bilion berbanding -C$ 1.0 bilion, walaupun ianya bertambah daripada sebelumnya pada -C$0.6 bilion. Produktiviti juga bertambah baik pada 0.1% berbanding jangkaan 0.2% dan 0.4% pada sebelumnya. Walau bagaimanapun, angka PMI meleset dari jangkaan pada 53.4 mata berbanding 58.2 mata, dan 66 mata pada sebelumnya.
Kanada bakal melaporkan keputusan kadar pada Rabu ini, dan pasaran tidak menjangkakan sebarang penurunan kadar. Namun, sekiranya Bank of Canada membuat keputusan mengejut seperti pada Januari tahun lepas, ianya boleh melemahkan Loonie serta merta. Tiada laporan berimpak tinggi dari Kanada mahupun AS hari ini.