Dollar Yen melonjak lebih 315 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥121.70 sebelum menutup sekitar paras ¥121.10; setelah data ekonomi Jepun yang kurang memberansangkan serta pasaran yang beralih dari ‘safe-haven’ Yen kepada matawang transaksi global, US Dollar. Pada masa yang sama, Bank of Japan menerima pakai dasar kadar negatif, sambil mengulangi ikrar untuk mengekalkan dasar semasa iaitu meningkatkan asas kewangan sebanyak ¥80 trilion setahun.
Keputusan untuk meletakkan kadar sebanyak -0.1% terhadap akaun semasa yang dipegang oleh dana kewangan di bank pusat itu, dibuat dalam undi lima kepada empat. Ia adalah satu kejutan untuk penganalisis pasaran yang sebahagian besarnya menjangkakan BoJ tidak akan mengambil tindakan. “BoJ akan mengurangkan kadar lebih jauh ke dalam wilayah negatif, jika diperlukan,” Reuters melaporkan, memetik satu kenyataan daripada BoJ. Namun, tiada perubahan dibuat kepada pembelian bon kerajaan atau dana-dana dagangan bursa (ETF).
[adrotate group=”6″]
Berikutan pengumuman itu, Indeks Nikkei 225 mengayun ke kawasan positif, sehingga sebanyak 3.21% pada satu ketika. Keputusan yang tidak dijangka itu, mungkin akan menambah reputasi Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda iaitu “merubah arah apabila ia paling tidak dijangkakan”, menurut Marcel Thieliant, ahli ekonomi kanan di firma penyelidikan Capital Economics. Hari ini AS bakal melaporkan ISM PMI Pembuatan yang dijangka meningkat dari 48.2 mata kepada 48.6 mata. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.