Dollar Yen terus memacu naik untuk hari kedua Isnin semalam, lebih 135 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥114.70 sebelum menutup sekitar paras ¥114.55; setelah Jepun melaporkan penurunan GDP pagi semalam. Dollar AS kembali pulih daripada kejatuhan teruk pada minggu lepas. Pada masa yang sama, Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda dijangka mengisyaratkan pelonggaran selepas laporan GDP suku keempat 2015 meleset dari jangkaan pasaran.
Pertumbuhan bagi suku Oktober hingga Disember 2015, dilaporkan meleset pada -0.4% berbanding jangkaan -0.3%. Kadar pertumbuhan tahunan pula susut kepada -1.4% dari 1% pada suku ketiga. Pertumbuhan keseluruhan kini kembali di mana ia berada pada suku kedua 2015. Melihat kepada pecahan pertumbuhan, adalah jelas ekonomi domestik masih menghadapi cabaran yang serius dengan penggunaan swasta jatuh 0.8% berbanding jangkaan kejatuhan hanya 0.6%.
[adrotate group=”6″]
Pelaburan perumahan juga berada di bawah tekanan, jatuh 1.2%, manakala sektor luaran seperti eksport telah dibantu oleh Yen yang lebih lemah. Ahli ekonomi menjangkakan pertumbuhan berterusan pada suku semasa, tetapi ia mungkin menjadi lemah. Kejatuhan harga saham Tokyo yang mendadak baru-baru ini, boleh menjejaskan sentimen pengguna. Kenaikan nilai Yen juga telah menimbulkan kebimbangan mengenai pendapatan pengeksport Jepun, sekaligus menjadikan mereka lebih berhati-hati untuk membuat pelaburan.