Dollar Yen jatuh lebih 115 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥113.15 sebelum menutup sekitar paras ¥113.20; setelah laporan imbangan perdagangan Jepun menunjukkan imbangan dagangan yang mengecil. Eksport jatuh jauh lebih rendah daripada yang dijangkakan dan Yen memberikan prestasi yang baik semalam, selepas pemulihan harga minyak hambar, memberati ke atas aset yang berisiko.
Di pasaran Jepun, eksport tahunan Jepun pada bulan Januari lalu jatuh paling teruk sejak krisis kewangan global ekoran permintaan yang lemah di China dan pasaran utama lain, sekaligus meninggalkan ekonomi Jepun dalam kedudukan yang tidak menentu selepas penguncupan pada suku keempat 2015.
[adrotate group=”6″]
Kementerian Kewangan Jepun menunjukkan eksport tahunan jatuh 12.9% berbanding anggaran pasaran median bagi penurunan hanya sebanyak 11.3%, dengan penurunan bulan keempat berturut-turut, diketuai oleh kemerosotan dalam penghantaran keluli dan produk minyak. Ia adalah penurunan terbesar sejak Oktober 2009, apabila krisis kewangan global mengetuk permintaan di seluruh dunia.
Data terkini menambah kepada kebimbangan bahawa pihak berkuasa Jepun hanya mempunyai beberapa pilihan untuk memulihkan ekonomi, walaupun Bank of Japan kekal proaktif dalam dasar monetari dengan mengejutkan pasaran pada bulan lepas, dengan mengguna pakai kadar negatif untuk mencetuskan momentum. Spekulasi berlegar dalam pasaran, bahawa BoJ berkemungkinan menambah ransangan pada bulan depan.