Dollar Yen melonjak lebih 200 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥114.20 sebelum menutup sekitar ¥114.00; selepas data menunjukkan bahawa perbelanjaan modal dan isi rumah Jepun terhempas pada Januari lalu, apabila pengguna mula bimbang mengenai deflasi dan ekonomi yang lemah.
Di pasaran Jepun, perbelanjaan isi rumah menurun untuk bulan kelima berturut-turut, jatuh selepas diselaraskan dengan inflasi sebanyak 3.1% daripada setahun yang lalu, terkesan daripada cuaca panas luar biasa, menurut laporan kerajaan Jepun semalam. Purata perbelanjaan isi rumah pada Januari berjumlah ¥280,973 ($2,500), menurut data yang dikeluarkan oleh Hal Ehwal dan Komunikasi Kementerian Dalam Negeri. Kementerian itu mengekalkan penilaiannya bahawa trend perbelanjaan dan penggunaan masih berterusan lemah.
[adrotate group=”6″]
Keadaan tersebut adalah amaran terbaru kepada ekonomi Jepun, yang menyusut 1.4% dalam tempoh Oktober-Disember, terjejas oleh perbelanjaan pengguna yang lemah, yang menyumbang kira-kira 60% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Jepun. Kerajaan juga memberi amaran bahawa ia menjangka penurunan mendadak dalam pengeluaran perindustrian pada bulan Februari disebabkan oleh eksport ke China yang semakin perlahan.