Dollar Yen melonjak untuk hari kedua Khamis semalam, lebih 110 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥113.00 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah Dollar diniagakan bercampur-campur berbanding matawang utama yang lain, ekoran permintaan dari dagangan ‘safe-haven’ kerana harga minyak terus tidak menentu di pasaran global.
Di pasaran utama dunia, kejatuhan harga minyak telah melihat pasaran saham global jatuh, selepas Menteri Minyak Arab Saudi menolak pemotongan output. Yen Jepun kini dianggap tempat yang selamat, dan ia telah menyaksikan pelabur mencari matawang berisiko rendah ini. Pakar Strategi Orlando Green berkata, kejatuhan pasaran saham mungkin akibat kejatuhan harga minyak.
[adrotate group=”6″]
Yen Jepun boleh terus mengalami trend ini untuk seketika, tetapi masih ada banyak lagi perkara yang akan datang. Ini memandangkan harga minyak global turun naik tidak menentu buat masa ini. Hari ini Jepun bakal melaporkan inflasi teras Tokyo yang dijangka pada sifar berbanding -0.1% pada sebelumnya. AS pula bakal melaporkan data Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) yang dijangka turun dari 0.7% kepada 0.4% untuk suku keempat 2015.