Dollar Yen yang melonjak lebih 75 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥114.55, jatuh semula lebih 130 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥113.20, sepanjang sesi New York, sebelum menutup sekitar paras ¥113.45; setelah permintaan tinggi bagi aset berisiko di Asia membantu sokongan belian. Pasaran Asia meningkat semalam dengan Indeks Nikkei 225 Jepun memimpin selepas kemasan yang kukuh di Wall Street sehari sebelumnya. Indeks Nikkei 225 meningkat 4.26%.
Di pasaran Jepun awal pagi semalam, Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda berkata trend inflasi bertambah baik, dengan indeks harga bank pusat, yang tidak termasuk kedua-dua kos makanan dan tenaga, telah berada dalam wilayah positif selama lebih daripada dua tahun dan “berpindah melebihi 1%.” Beliau juga mengakui bahawa kejatuhan tajam harga minyak antarabangsa sejak 2014, bukanlah satu-satunya sebab di sebalik kegagalan BoJ untuk menjana inflasi 2%.
[adrotate group=”6″]
Di pasaran AS pula, laporan pekerjaan ADP menunjukkan pertambahan sebanyak 214 ribu pekerjaan berbanding 185 ribu jangkaan, dan angka sebelumnya juga disemak lebih rendah dari 205 ribu kepada 193 ribu. Hari ini AS bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka berkurang dari 272 ribu kepada 271 ribu serta PMI perkhidmatan yang dijangka menurun dari 53.5 mata kepada 49.8 mata. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.