Dollar Yen terus memacu naik untuk hari kedua Isnin semalam, lebih 100 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥111.45 sebelum menutup sekitar paras ¥111.10; setelah Dollar AS terus mengukuh membantu merendahkan nilai Yen Jepun, yang seterusnya membantu menahan BoJ dari campur tangan dalam pasaran matawang.
Bloomberg melaporkan bahawa Yen jatuh kepada paras satu bulan terendah berbanding Dollar selepas seorang pembantu kepada Perdana Menteri Shinzo Abe berkata, Jepun perlu menangguhkan kenaikan cukai jualan yang dijadualkan pada April tahun depan, sekaligus menekankan keperluan bagi kerajaan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe merancang untuk melambatkan peningkatan dalam cukai jualan selama dua setengah tahun dan Jepun juga dilihat menyusun belanjawan tambahan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, satu langkah yang dijangka akan diikuti oleh pelonggaran monetari oleh Bank of Japan.
Dalam pada itu, matawang Jepun terus merosot berikutan komen oleh Pengerusi Feds Janet Yellen pada Jumaat lalu bahawa kadar yang lebih tinggi pada bulan-bulan yang akan datang kelihatan “sesuai.” Nilai Dollar meningkat berbanding semua, tetapi dua, daripada 16 matawang utama selepas keyakinan pasaran terhadap kenaikan kadar AS seawal Jun depan, melonjak.