Dollar Yen susut lebih 65 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥113.20 sebelum menutup sekitar paras ¥113.45; setelah Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda berkata bahawa beliau tidak bercadang mengurangkan kadar selanjutnya pada ketika ini. Komen tersebut menyejukkan beberapa jangkaan bahawa Bank Pusat Jepun mungkin melancarkan ransangan tambahan, pada mesyuarat lembaga dasar akan datang pada pertengahan bulan Mac.
Sebelum daripada itu, laporan pekerjaan AS yang kukuh boleh terus menyokong Dollar AS dengan baik berbanding matawang ‘safe-haven’ tradisi, khususnya Yen Jepun. Namun itu juga bergantung kepada kenaikan harga komoditi dan selera untuk risiko yang lebih kukuh, yang akhirnya boleh menolak Yen Jepun ke paras yang lebih rendah.
[adrotate group=”6″]
Yen telah menjadi matawang terbaik sehingga Februari lalu, apabila ia meningkat nilai lebih 5% berbanding Dollar AS sejak awal tahun ini. Kenaikan Yen mencerminkan permintaan aset ‘safe-haven’ di tengah-tengah ketidaktentuan yang meluas pada seluruh aset, pada awal tahun ini. Pasaran seolah-olah mengabaikan kadar negatif Jepun apabila nilai Yen terus meningkat ke paras sebelum pengumuman kadar negatif, pada hujung Januari baru-baru ini, sekitar ¥118.
Rata-rata pegawai Bank of Japan tidak selesa dengan kenaikan Yen, takut kekuatan yang boleh menjejaskan eksport, sekaligus menjejaskan pertumbuhan dan mengekang inflasi. Kementerian Kewangan Jepun terpaksa “campur tangan lisan” untuk cuba melambatkan atau membalikkan kenaikan Yen dengan pelbagai komen tentang kadar dan ekonomi Jepun.