Yen melemah dalam sesi Asia pada hari Selasa sementara menunggu data akaun semasa.
USD/JPY meningkat 0.06%, manakala AUD/USD didagang menurun 0.07%.
Jepun dijadualkan akan melaporkan data akaun semasa bagi bulan Ogos pada 1.58 trillion yen.
Kemudian, Australia melaporkan data pinjaman perumahan bagi bulan Ogos menurun kepada 1.3% dan pembiayaan perumahan meningkat 0.5%.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir disebut pada 96.61.
Semalaman, US Dollar melonjak berbanding matawang utama yang lain pada hari Isnin, sekali gus menyokong jangkaan kenaikan kadar pada penghujung tahun ini.
Dagangan dicatat agak perlahan semalam selepas kebanyakan institusi persekutuan ditutup pada Isnin untuk cuti Hari Columbus.
Pada awalnya, US Dollar melemah selepas Jabatan Buruh AS melaporkan pada Jumaat bahawa ekonomi menambah 156,000 pekerjaan pada bulan September, berbanding jangkaan 175,000.
Laporan itu juga menunjukkan bahawa kadar pengangguran meningkat kepada 5.0% bulan lepas berbanding 4.9% pada bulan Ogos.
US Dollar akan terus disokong walaupun data pekerjaan dikeluarkan agak mengecewakan dan tidak akan menghalang Fed untuk menaikkan kadar faedah pada akhir tahun ini.
Sementara itu, matawang Pound terus dilanda tekanan selepas mengalami junaman tajam Jumaat yang lalu.