Yen mengukuh dalam sesi Asia berikutan semakan bank pusat untuk kajian semula dasar sejak rombakan yang besar sebelum ini. Selain itu, lebih tumpuan minggu ini diberikan kepada data NFP, dan pilihanraya presiden AS yang bakal diadakan minggu depan.
USD/JPY merosot 0.04%, manakala AUD/USD dan GBP/USD juga membuat junaman dalam sesi dagangan ini.
Di Jepun, data pembuatan PMI bagi bulan Oktober dikeluarkan kurang dari ramalan awal. Sekarang, tumpuan mula beralih kepada mesyuarat Bank of Japan bagi kajian semula dasar yang digunapakai sejak rombakan besar dasar pada bulan lepas.
Sementara itu, RBA juga dijangka mengkaji semula kadar tunai yang telah diletakkan pada rekod terendah sebanyak 1.5%.
Terdahulu di Australia, indeks pembuatan AIG meningkat berbanding angka yang dicatat pada bulan lepas.
Sebelum ini, satu kajian FBI mengenai e-mel peribadi yang berkaitan dengan calon presiden parti Demokrat iaitu Hillary Clinton telah mencetuskan ketidaktentuan pasaran kerana calon itu dikatakan sebagai calon yang bakal memenangi pilhanraya tersebut.
Satu tinjauan ABC/Washington Post mendapati bahawa Clinton mendahului dengan 46%, dengan 1 mata melebihu Trump. Sedangkan sebelum tersebarnya laporan FBI itu, Clinton mendahului Trump dengan 12 mata.
Dalam masa yang sama, US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 98.41.
Semalam, US Dollar kekal diparas tertinggi keran disokong oleh ekonomi AS yang semakin berkembang.