Senator Republikan meluluskan rang undang-undang percukaian AS dan menghantar semula rang undang-undang itu ke House of Representative untuk diundi buat kali terakhir.
Senat Republikan menang dalam usaha meluluskan rang undang-undang tersebut dengan undian 51-48.
Nampaknya, Presiden Trump akhirnya berjaya menurunkan cukai di Amerika Syarikat yang sebahagian besarnya akan menguntungkan syarikat korporat. Trump sebelum ini menegaskan pemotongan cukai ini akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi AS.
Reaksi pasaran kini bercampur-campur dengan sesetengah daripada pelabur meragui pemotongan cukai ini akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang.