Matawang US dolar meneruskan kejatuhan pada Jumaat hari terakhir dagangan pada 2017. US dolar setakat pukul 4.02 petang melemah berbanding majoriti matawang utama yang lain.
USD/JPY jatuh 0.21% – EUR/USD naik 0.13% – GBP/USD naik 0.27% – USD/CAD jatuh 0.13% .
Indeks US dolar pula susut 0.10%. USD/JPY tertekan dengan data ekonomi positif dari Jepun minggu ini di mana data inflasi merekod kenaikan dan beberapa lagi data positif yang lain.
Selepas mencatat kenaikan pada Khamis, hasil bon 10 tahun AS hari ini sedikit susut, namun ia dijangka merekod kejatuhan minggu ini.
Tidak banyak data yang dikeluarkan minggu ini, dan pasaran akan mula fokus minggu depan dengan beberapa data impak tinggi akan dikeluarkan seperti data NFP.