Kos pelaburan yang besar dalam industri sukan menjadikan nilai pemindahan, tajaan dan pendapatan setiap pemain begitu tinggi. Jika kita lihat daripada hasil pendapatan tahunan (2017) yang diperoleh oleh 10 orang atlet pada artikel lepas, jumlah mereka melebihi pendapatan tertinggi yang pernah di miliki oleh 16 CEO Bank di dunia.
Namun begitu, bukanlah semua pemain dibayar dengan gaji yang tinggi. Hasil pendapatan tahunan mereka dikira daripada jumlah gaji/bonus dan hasil pengesahan tajaan (endorsement).
Antara mereka ada yang di taja lebih 300 kali ganda gaji tahunan. Kontrak tajaan yang ditandatangani membolehkan pengusaha menggunakan atlet-atlet sebagai model pemasaran disamping atlet tersebut turut mendapat produk secara percuma serta bayaran bagi penampilan mereka.