Perdana Menteri Jepun iaitu Shinzo Abe berkata pada hari Rabu bahawa proses pemulihan ekonomi Jepun tetap akan menjadi keutamaan pada tahun ini.
Kenyataan itu diberikan setelah pasaran di Jepun kembali dibuka selepas bercuti panjang sebelum ini.
Kata Shinzo Abe dalam satu sidang akhbar bahawa beliau akan meletakkan keupayaan tertinggi kepada ekonomi.
Dalam sidang akhbar terbabit, beliau juga akan menumpukan tiga sasaran utama iaitu dasar monetari, dasar fiskal dan strategi pertumbuhan yang lebih berkesan bagi mengekang deflasi di Jepun.