Semua parti yang bertanding dalam pilihanraya UK 2017 pada 8 Jun telah menyambung kempen pilihanraya mereka semalam selepas serangan yang berlaku di Manchester.
Pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbin semalam berucap di London di mana beliau berkata “Ramai pakar termasuk golongan professional telah menyalahkan hubungan antara peperangan yang mana kerajaan kita sokong atau terlibat di negara lain dan keganasan di sini.”
Dalam ucapan itu, Parti Buruh berikrar akan meletakkan 20,000 pegawai polis di jalanan dalam usaha menjaga keamanan di United Kingdom.
Kini tinjauan awal pilihanraya UK yang dibuat oleh Yougov menunjukkan margin perbezaan antara Parti Konservatif dan Parti Buruh semakin kecil. Parti Theresa May kini dengan sokongan 43% (-1) manakala Parti Buruh dengan 38% (+3).
Parti Konservatif dilihat terkesan buat pertama kalinya dalam kempen minggu ini apabila Theresa May mengumumkan penarikan semula polisi yang memaksa individu menjual rumah sendiri bagi membiayai keselamatan sosial.
Theresa May membuat U-turn di mana menurunkan kos pembiayaan penjagaan sosial yang harus dibayar oleh individu yang mana akan berkuatkuasa pada tahun 2020.
Pada Isnin, Perdana Menteri mengesahkan bahawa kerajaan “akan memastikan adanya had yang besar terhadap amaun yang perlu dibayar oelh rakyat UK”.
“Kita akan pastikan tiada orang yang akan menjual rumah mereka untuk membayar penjagaan ini,” tambahnya.