Aktiviti pengambilan untung semasa sesi Asia dengan kurangnya laporan ekonomi penting menyebabkan pemain pasaran menutup posisi mereka menjelang cuti umum ‘Thanksgiving’ di Amerika Syarikat pada Khamis. Untuk pengetahuan anda, Jepun juga akan bercuti pada esok dan dijangka kecairan pasaran dalam dagangan Khamis semakin kecil.
US dolar didagang bercampur-campur dalam sesi Asia. Terdapat kebimbangan terhadap momentum hasil-bon US yang masih bergerak mendatar. Setakat ini terdapat kenaikan sejak enam jam lepas dalam hasil-bon 10 tahun US setakat pukul 8.11 malam.
Jika dilihat dari segi sentimen US dolar ketika ini, tidak banyak perkara yang boleh membantu matawang greenback. US dolar masih terdedah dengan risiko politik US di mana penyiasat khas Robert Mueller terus menyiasat hubung-kait Jared Kushner (menantu Trump) dengan pihak Rusia semasa kempen pilihanraya tahun lalu.
Secara teknikal, sememangnya pergerakan masih lagi ‘ranging’ terutamanya EUR/USD dan GBP/USD. Sememangnya banyak perkara yang tidak pasti dari segi sentimen pasangan matawang ini. Dengan ketiga-tiga negara U.S., Jerman dan U.K. berada dalam kancah ketidaktentuan politik.
Jika dilihat secara spesifik, matawang yang paling banyak mengaut keuntungan hari ini adalah Yen dan Dolar Kanada. Manakala Aussie dolar pula sebagai matawang paling lemah setakat ini menjelang pembukaan pasaran U.S.