Kongres telah meluluskan dana tambahan kepada kerajaan Amerika Syarikat setelah ekonomi berada dalam ketidaktentuan ‘government shutdown’ disebabkan kerajaan Trump yang dijangka kehabisan dana sehingga 23 Disember.
Kongres hanya mempunyai tempoh sehingga Jumaat untuk meluluskan dana tersebut agar operasi pentadbiran kerajaan terus berjalan. House of Representative meluluskan dana tambahan dengan undian 231-188 dan Senat mengundi dengan 66-32. Usaha yang dilakukan oleh Kongres ini akan melanjutkan dana kewangan kerajaan sehingga 19 Januari 2018.
Dalam undian tersebut hanya 13 ahli Demokrat di House of Representative menyokong tambahan dana kerajaan dan 16 ahli Republikan yang mengundi ‘tidak’ terhadap resolusi itu.
Sebelum ini, Senat AS telah meluluskan rang undang-undang pemotongan cukai pada Rabu dengan undian 51-48.
Pemotongan cukai korporat daripada 35% kepada 21% sudah tentu menggembirakan syarikat-syarikat korporat di Amerika Syarikat. Ini adalah perkara yang dicadangkan oleh perniagaan sekian lama dan akhirnya Presiden Trump yang juga seorang ahli perniagaan menurunkan kadar cukai tersebut.