Kongres AS pada Khamis bertindak pantas untuk memberikan Presiden Trump dana jangka pendek yang akan mengelakkan penutupan kerajaan (government shutdown) hari ini.
House of Representative berusaha sebelum tengah malam Jumaat untuk meluluskan dana bagi peruntukan pelbagai program kerajaan sehingga 22 Disember. Ia telah dihantar ke Senat AS yang juga telah diluluskan pada Khamis.
“Kami berharap dapat memberikan kemajuan yang hebat kepada negara ini. Saya rasa ia akan terjadi,” kata Trump.
White House berkata rundingan ini akan bersambung pada Jumaat.
Ketua House Demokrat, Nancy Pelosi dan Ketua Senat Demokrat Chuck Schumer bersama-sama menyokong tambahan dana untuk Kerajaan AS yang dipimpin oleh Republikan. Sebelum ini ahli Demokrat Schumer dan Pelosi membatalkan mesyuarat minggu lalu selepas Trump menyelar pendirian polisi Demokrat di Twitter peribadinya.
Kedua-dua mereka berkata dalam satu kenyataan bahawa tiada perkara spesifik yang dipersetujui dalam mesyuarat yang termasuk isu ketenteraan yang telah disampaikan oleh Setiausaha Pertahanan Jim Mattis.
White House yakin dengan pembuat polisi yang akan memasukkan kenaikan dana pertehahanan dan juga perbelanjaan bukan pertahanan, kata pegawai White House kepada Reuters.
Republikan dan Demokrat perlu merundingkan isu-isu ini agar hasil mesyuarat nanti akan menyediakan kerajaan dengan dana yang mencukupi bagi mengelak penutupan kerajaan pada 23 Disember.
Berita terbaru ini dengan tiadanya penutupan kerajaan telah membawa US dolar lebih tinggi sejak pembukaan pasaran pada Jumaat. USD/JPY membuat kenaikan signifikan 0.34% setakat pukul 4.19 petang.